﷽
Manusia senantiasa memerlukan logos-messiah untuk mereka terus berharap dan menyakini akan latifah dan 'adalah Allah S.W.T dalam kehidupan seharian dalam membentuk keadilan yang sejagat buat manusia dilimpahi cahaya Allah S.W.T apabila tiba zaman yang ditunggu itu.
Namun daripada segi rentetan sejarah menunjukkan adanya zaman kegemilangan dan kemalapan setiap ajaran yang berselari dengan penguatkuasaan daripada pemerintah. Namun, bagi yang mengikuti teks-teks kalam Tuhan, pemerintah tetap tidak memenuhi kriteria keadilan manusia dan sangat terbuka akan mengkritik dan sebuah perubahan
Sebelum menuju lebih jauh, apakah dimaknai dengan Logos, iaitu kata-kata Perintah yang menjadi tujuan atau simbol dalam kehidupan manusia itu dituruti dan dilaksani, manakala Messiah adalah penyelamat manusia daripada kemalapan dan kegemilangan cahaya Tuhan.
Jadi saya gabungkan dua sendi Logos-Messiah dalam menguatkan makna dalam hubungan perintah dan tugasan seseorang yang dilantik sebagai kata-kata Tuhan iaitu memenuhi maksud kehendak Tuhan di atas muka bumi.
Adakah binaan Neo-Platonik kembali naik ke permukaan semula kerana konsep Logos-Messiah dilihat masih relevan setelah meninggalkan zaman Indiyyah, Inadiyyah dan Pasca-Tamadun? Allah Maha Mengetahui, Dia berhak meletakkan lisan seseorang dengam Kalam-Nya.
Sama ada agama samawi atau wadhie, penyelamat manusia daripada musibah senantiasa di dalam fikiran mereka ketika kesusahan dan kesempitan oleh tindakan pemimpin zalim yang menyekat keselesaan mereka apatah lagi kemilikan dasar mereka dalam mengurus kehidupan mereka di atas dunia dan di akhirat.
Mari kita lihat dua firman daripada al-Kitab yang menjadi sendi manusia sama ada langsung menyedari atau tidak.
Firman Allah S.W.T:
In the beginning was the Word, and the Word was with God, and the Word was God.(John 1:1)
I will raise up for them a prophet like you from among their brothers; I will put my words in his mouth, and he will tell them everything I command him.(Deuteronomy 18:18)
Bagi kaum Yahudi Logos mereka adalah Nabi Musa A.S dan Messiah mereka adalah Yusya' dan diteruskan messiah yang Agung. Manakala bagi kaum Nasrani Logos mereka adalah Nabi Isa A.S dan Messiah mereka juga nabi Isa A.S, mengapa begitu? Kerana mereka tidak membedakan sifat yang ada pada Nabi Isa A.S dengan sifat KalimatuLLAH yang asal daripada azali bersama Tuhan, dan Tuhan dan Nabi Isa itu Satu.
Manakala bagi kaum Islam Logos mereka adalah Nabi Muhammad A.S dan Messiah mereka adalah Mahdi al-Qaim wal Muntazhar. Ini menunjukkan manusia senantiasa berusaha untuk sebuah bimbingan Maha Agung daripada Tuhan dengan begitu rinci dan sistematik melawan sistem penindasan dan zalim seperti mana Yahudi sepanjang zaman ditindas,
Tulisan tidaklah semata-mata mengencar kaum Yahudi, kerana kaum Yahudi juga memiliki keistimewaan dahulu daripada Tuhan, namun apabila mereka meninggalkan logos dan messiah dengan mementingkan keuntungan ribawi dan kejatuhan moral akibat diamnya para rabbi terhadap umat mereka.
Tuhan menggantikan kekuasaan mereka di Israel dengan kekuasaan Bukhtanasar yang Kedua yakni Raja Kerajaan Babil yang baharu. Justru kembalinya mereka bertapak di Israel itu kerana mereka ingin kembali memenuhi logos dan menunggu messiah mereka tetapi
Namun tanda-tanda kemerosotan kini dapat dilihat melalui fasa komunisme dan terkini fasa kapitalisme yang berasaskan matawang ribawi yakni mengambil kesempatan ke atas rakyat apatahlagi negara polis Amerika mencampur tangan kedaulatan negara beralaskan keadilan.
Sejauh mana kebenaran beralaskan keadilan itu sehingga membawa kebinasaan negara yang tidak bersalah seperti rantau Amerika Selatan, dan Arab, kini mereka tidak takut mencampur tangan di rantau Laut China Selatan
Mereka hanya mementingkan kemewahan tanpa membagi sama baik dalam peningkatan ekonomi sebaliknya mereka menjadi beban malah mereka melantik pemimpin-pemimpin boneka untuk melindungi kepentingan ekonomi mereka daripada meruntuh. Isa dan Mahdi menjadi titik puncak Logos dalam melaksanakan keadilan Tuhan dalam melindungi pemilikan dasar manusia.
Bagi agno dan atheis mereka anggap ini kekarutan, sebaliknya mereka memiliki Logos-Messiah tersendiri yakni Logos mencari kemewahan tanpa mencari solusi hidup bersama dan Messiah mereka adalah wang penindasan ribawi. Semoga cahaya palsu ini terus malap dan menerbeliakkan mata para agno-atheis yang memiliki keuntungan secara haram dan menindas.
Anda boleh mengkritik penulisan saya bila-bila masa dengan ejekan taksub, dan sebagainya. Sebaliknya, saya memiliki pemahaman yang luas, tidak semata fundamentalis Islam malah Islam mencakup segala hal dan cahaya Allah S.W.T senantiasa bergradasi meskipun dalam lisan-lisan orang kafir yang hampir dengan hidayat Allah S.W.T.
Sebagai contoh, Islam memperkenalkan taharah dan teknologi maka seluruh manusia dapat memanfaatkannya tapi kini dengan kebinasaan terhadap bumi